Monday, January 25, 2016
LATIHAN MEMBERUS GIGI
Pada 20 Januari 2016 hari Rabu Unit Pergigian Sekolah dari Klinik Kesihatan Cheneh telah mengadakan latihan memberus gigi untuk murid-murid SK Sungai Pergam. Murid-murid diberi berus gigi dan ubat gigi setiap seorang. Jururawat pergigian menunjukkan cara-cara yang betul untuk memberus gigi.
Latihan berjalan lancar dan murid-murid berjaya memberus gigi dengan betul. Ini penting untuk memastikan murid-murid mendapat pendedahan tentang pentingnya menjaga kesihatan gigi mereka dan melakukan cara yang betul semasa memberus gigi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









No comments:
Post a Comment