SK Sungai Pergam telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada hari Rabu 20 Januari 2016. Latihan merentas desa telah dijalankan dua hari sebelum kejohanan bertujuan untuk membiasakan murid-murid dengan jalan yang akan mereka lalui. Laluan merentas desa ini telah diadakan di kawasan penempatan kaum asli Sungai Pergam dan Ladang kelapa sawit Sime Darby. Jarak yang dilalui oleh murid-murid adalah kira-kira 2.5 kilometer.
Kejohanan kali ini bermula di padang sekolah dan berakhir di sekolah. Terdapat 5 kategori hadiah untuk kejohanan ini iaitu Lelaki dan Perempuan Tahap 2,Lelaki dan Perempuan Tahap 1 dan saguhati.Murid-murid dikehendaki berlari mengikut arah laluan yang telah ditetapkan. Kejohanan berjalan lancar dan semua murid berjaya menamatkan larian merentas desa dengan baik.
 |
| mula di padang sekolah |
 |
| laluan merentas desa |
 |
| guru mencatat nama pemenang |
 |
| guru di checkpoint |
 |
| latihan merentas desa |
 |
| latihan merentas desa |
No comments:
Post a Comment