Monday, January 25, 2016

PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSP 2016

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Merentas Desa SKSP telah diadakan pada hari Ahad 24 Januari 2016 pada waktu perhimpunan mingguan. Guru Besar telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Diharapkan murid-murid akan lebih bersemangat lagi untuk menyertai kejohanan ini pada tahun hadapan untuk meraih kemenangan.









KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSP 2016

SK Sungai Pergam telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada hari Rabu 20 Januari 2016. Latihan merentas desa telah dijalankan dua hari sebelum kejohanan bertujuan untuk membiasakan murid-murid dengan jalan yang akan mereka lalui. Laluan merentas desa ini telah diadakan di kawasan penempatan kaum asli Sungai Pergam dan Ladang kelapa sawit Sime Darby. Jarak yang dilalui oleh murid-murid adalah kira-kira 2.5 kilometer. Kejohanan kali ini bermula di padang sekolah dan berakhir di sekolah. Terdapat 5 kategori hadiah untuk kejohanan ini iaitu Lelaki dan Perempuan Tahap 2,Lelaki dan Perempuan Tahap 1 dan saguhati.Murid-murid dikehendaki berlari mengikut arah laluan yang telah ditetapkan. Kejohanan berjalan lancar dan semua murid berjaya menamatkan larian merentas desa dengan baik.


mula di padang sekolah



laluan merentas desa













guru mencatat nama pemenang


guru di checkpoint





latihan merentas desa


latihan merentas desa



LATIHAN MEMBERUS GIGI

Pada 20 Januari 2016 hari Rabu Unit Pergigian Sekolah dari Klinik Kesihatan Cheneh telah mengadakan latihan memberus gigi untuk murid-murid SK Sungai Pergam. Murid-murid diberi berus gigi dan ubat gigi setiap seorang. Jururawat pergigian menunjukkan cara-cara yang betul untuk memberus gigi. Latihan berjalan lancar dan murid-murid berjaya memberus gigi dengan betul. Ini penting untuk memastikan murid-murid mendapat pendedahan tentang pentingnya menjaga kesihatan gigi mereka dan melakukan cara yang betul semasa memberus gigi.