Sunday, May 1, 2016

PROGRAM JEJAK KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI KG SUNGAI PERGAM

PROGRAM JEJAK KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI KG SUNGAI PERGAM 2016 ANJURAN KTP,UniSZA & KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI(KPT) dengan kerjasama SK Sungai Pergam Kemaman ,PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN DAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI(JAKOA) telah berlangsung dengan jayanya pada 14 April 2016 iaitu pada hari Khamis.





















Sunday, February 21, 2016

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 7 2016 SK SUNGAI PERGAM

 Pada 22 Februari 2016 hari Isnin telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 7 tahun 2016 bertempat di pekarangan sekolah SK Sungai Pergam,Kemaman. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Kemaman. Beliau telah berbesar hati untuk hadir seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong ini. Sebelum mesyuarat berlangsung pemberian bantuan wang persekolahan diagihkan kepada ibu bapa/penjaga murid SK Sungai Pergam oleh Yang Berhormat.Selepas mesyuarat, cabutan bertuah turut diadakan kepada ibu bapa. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang.



















Monday, January 25, 2016

PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSP 2016

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Merentas Desa SKSP telah diadakan pada hari Ahad 24 Januari 2016 pada waktu perhimpunan mingguan. Guru Besar telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Diharapkan murid-murid akan lebih bersemangat lagi untuk menyertai kejohanan ini pada tahun hadapan untuk meraih kemenangan.









KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSP 2016

SK Sungai Pergam telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada hari Rabu 20 Januari 2016. Latihan merentas desa telah dijalankan dua hari sebelum kejohanan bertujuan untuk membiasakan murid-murid dengan jalan yang akan mereka lalui. Laluan merentas desa ini telah diadakan di kawasan penempatan kaum asli Sungai Pergam dan Ladang kelapa sawit Sime Darby. Jarak yang dilalui oleh murid-murid adalah kira-kira 2.5 kilometer. Kejohanan kali ini bermula di padang sekolah dan berakhir di sekolah. Terdapat 5 kategori hadiah untuk kejohanan ini iaitu Lelaki dan Perempuan Tahap 2,Lelaki dan Perempuan Tahap 1 dan saguhati.Murid-murid dikehendaki berlari mengikut arah laluan yang telah ditetapkan. Kejohanan berjalan lancar dan semua murid berjaya menamatkan larian merentas desa dengan baik.


mula di padang sekolah



laluan merentas desa













guru mencatat nama pemenang


guru di checkpoint





latihan merentas desa


latihan merentas desa